Baru-baru ini usahawan dan juga pempengaruh media sosial, Noor Nabila menjadi perhatian ramai apabila tular video mengenai baju yang digayakannya.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh rakan baiknya, Rosix Omar, Nabila dilihat sedang mencuba gaun panjang bercorak berwarna kuning.
BACA: Netizen Terkejut Harga Jam Tangan Noor Nabila Cecah RM250,000
Turut kedengaran, Rosix mengatakan baju yang digayakan oleh Nabila sememangnya cantik. Turut menjadi perhatian, Rosix turut menunjukkan harga baju tersebut RM13,990.
Hantaran Rosix itu dikongsikan semula oleh netizen yang terkejut dengan harga baju Nabila itu. Malah, individu itu turut membandingkan dengan gaji mereka belum mampu untuk membeli baju berkenaan.
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan harga baju berkenaan. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan baju tersebut seperti baju kelawar dan dilihat tidak cantik di mata mereka.






