Nettasinghe, Abian ujian awal Zii Jia di Paris 2024

Nettasinghe, Abian ujian awal Zii Jia di Paris 2024


PROSPEK pingat emas negara Sukan Olimpik, Lee Zii Jia menyingkap kempen Paris 2024 di Perancis dengan cabaran dari Kumpulan G acara badminton perseorangan lelaki temasya itu pada Jumaat.

Undian Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan pemain nombor tujuh dunia itu diundi bersama dengan bintang Sri Lanka, Viren Nettasinghe (72 dunia) dan Pablo Abian (63 dunia) dari Sepanyol.

Perseorangan Wanita

Perseorangan Wanita

Beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula diundi dalam Kumpulan D bersama pasangan ranking kedua dunia dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping.

Beregu Campuran

Beregu Campuran

Tang Jie-Ee Wei yang berstatus nombor sembilan dunia juga diundi bersama wakil Amerika Syarikat (AS), Vinson Chiu-Jennie Gai (ranking 30 dunia) dan Terry Hee-Jessica Tan (18 dunia) dari Singapura.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata: “Peluang untuk beregu campuran mara dari peringkat kumpulan tetap cerah biarpun bukan mudah kerana terdapat cabaran China yang pemain wanitanya bekas juara Olimpik dan juga ada Terry dan beregu Amerika Syarikat.

“Tang Jie-Ee Wei perlu bersiap sedia mental, fizikal selain dalam latihan juga jaga kesihatan, itu paling penting.”

Laluan berliku menanti gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah setelah diletakkan dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat perak edisi Tokyo 2020 juga gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yifan dan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti (nombor sembilan dunia).

Beregu Wanita

Beregu Wanita

Pearly-Thinaah gandingan nombor 13 dunia itu juga diundi bersama beregu nombor enam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top