Neville tergamam dengar gaji Rooney ketika di United

Neville tergamam dengar gaji Rooney ketika di United

Neville tergamam dengar gaji Rooney ketika di United


Rooney (kiri) mendedahkan nilai kontrak terbesar diterimanya yang membuatkan Neville (kanan) terkejut.

WAYNE Rooney mendedahkan dia pernah menerima gaji sehingga £17 juta setahun ketika zaman kegemilangannya di Manchester United sekali gus membuatkan bekas rakan sepasukannya, Gary Neville tergamam.

Penyerang legenda England itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman United dengan 253 gol dan dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Dalam podcast The Overlap, Rooney mendedahkan dia menerima lebih £300,000 seminggu selepas menandatangani kontrak lima setengah tahun pada 2014.

Perjanjian itu ditandatangani ketika Rooney berusia 28 tahun turut merangkumi hak komersial dan tanggungjawab sebagai duta kelab selepas bersara.

Gary Neville bertanyakan kontrak terbesar Rooney di United dalam podcast tersebut.

“Mungkin awak tidak mahu jawab, tapi saya nak tahu, berapakah kontrak terbesar awak di United? Sebagai rakan sepasukan pada 2010/11, saya dapat £1.75 juta setahun, saya kapten…”

Rooney menajawab sekitar £17 juta setahun sekali gus membuatkan Neville seolah-olah terkejut kerana gaji yang diterimanya jauh lebih rendah nilainya.

“Saya rasa saya patut dapat lebih sikit!” Sambil menunjuk kepada ejen Rooney, Paul Stretford, Neville menambah: “Hebat, tahniah… Bagus Paul,” katanya berseloroh.

Neville berkata, gaji asasnya ialah £1.75 juta dan meningkat kepada £2.25 juta jauh berbeza dengan apa yang Rooney peroleh.

“(Wang) tidak pernah menjadi fokus saya. Saya tidak pernah risau soal duit. Saya cuma fikir, jika boleh terus bermain hingga usia 35 atau 36 di United.

“Apabila mereka tawarkan kontrak tujuh tahun dengan gaji lebih rendah, ia lebih baik untuk saya berbanding empat tahun dengan gaji lebih tinggi. Saya sentiasa lebih berhati-hati,”kata Neville.

Sementara itu, bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher mendedahkan kontrak terbesarnya bernilai sekitar £3 juta, kebanyakannya melalui bonus prestasi selepas Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara 2005.

Ringkasan AI

  • WAYNE Rooney mendedahkan dia pernah menerima gaji sehingga £17 juta setahun ketika zaman kegemilangannya di Manchester United
  • Penyerang legenda England itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman United dengan 253 gol
  • Rooney menerima lebih £300,000 seminggu selepas menandatangani kontrak lima setengah tahun pada 2014
  • Kontrak tersebut turut merangkumi hak komersial dan tanggungjawab sebagai duta kelab selepas bersara
  • Gary Neville, bekas rakan sepasukan Rooney, terkejut mendengar perbezaan gaji mereka, dengan gajinya sendiri hanya £1.75 juta setahun sebagai kapten



Source link

OR

Scroll to Top