Newcastle nyalakan impian ke Liga Juara-Juara

Newcastle nyalakan impian ke Liga Juara-Juara


Murphy meraikan jaringan bersama pemain Newcastle di King Power.

NEWCASTLE United menyalakan harapan ke Liga Juara-Juara selepas menolak Leicester City semakin hampir ke zon penyingkiran dengan kenangan 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power.

Newcastle kendalian Eddie Howe merebut peluang untuk naik ke tangga kelima liga dengan persembahan yang meyakinkan, selepas beberapa pesaing untuk kedudukan empat teratas kehilangan mata pada hujung minggu.

Dua gol Jacob Murphy meletakkan The Magpies 2-0 di hadapan dalam tempoh 11 minit.

Bekas pemain sayap Leicester, Harvey Barnes menambah gol ketiga ketika The Foxes mencatatkan rekod liga lapan perlawanan di tempat sendiri tanpa menjaringkan sebarang gol.

“Permulaan hebat, gol pertama yang cemerlang.

“Kami profesional, biarpun awalnya terdapat persoalan besar, bagaimana kami bertindak balas terhadap kejayaan besar itu (Piala Liga) dan ternyata pemain bertindak balas luar biasa,” kata Howe.

Ketika Newcastle, dengan baki satu perlawanan, kini satu mata di depan Manchester City, hanya dibezakan oleh perbezaan gol di belakang Chelsea, Leicester kekal 15 mata di belakang Wolverhampton di tangga ke-17, dengan potensi merebut hanya baki 21 mata.

Sementara itu, pengendali Leicester, Rudd van Nistelrooy ketika ditanya mengenai masa depannya sendiri berkata, perkara yang paling penting ialah kelab dan pemain The Foxes.

“Sangat mengecewakan. Saya datang ke sini dengan niat untuk membawa kelab ini ke depan, setakat ini tidak berhasil, kami telah pun mencuba pelbagai perkara tanpa menemui keberhasilan.

“Ini malam yang sukar. Penting untuk menganalisis keputusan serta kembali bangkit. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” kata Van Nistelrooy.

Baki Perlawanan Newcastle United:

13 April

Manchester United

16 April

Crystal Palace

19 April

Aston Villa

26 April

Ipswich Town

4 Mei

Brighton and Hove Albion



Source link

OR

Scroll to Top