Neymar kembali ke kancah bola sepak

Neymar kembali ke kancah bola sepak


Riyadh: Neymar kembali menjalani latihan bersama pasukan dan akan bersama Al-Hilal untuk aksi Liga Juara-Juara Asia berkunjung ke kelab Liga Pro UAE, Al-Ain selepas pulih daripada kecederaan lutut yang serius, kata kelab Liga Pro Saudi itu.

Penyerang Brazil berusia 32 tahun itu tidak bermain sejak mengalami kecederaan semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia CONMEBOL negaranya menentang Uruguay pada Oktober tahun lalu.

Dia mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dan menjalani pembedahan pada November.

Selepas berpindah ke Arab Saudi dari juara Perancis, Paris St Germain dengan bayaran yang dilaporkan sekitar €90 juta euro (RM/////) pada Ogos tahun lalu, Neymar hanya bermain lima perlawanan sebelum berehat panjang kerana bergelut dengan kecederaan otot.

Bekas penyerang Barcelona ini, yang menjadi penjaring terbanyak Brazil, terlepas kempen Copa America 2024 di Amerika Syarikat, di mana mereka mengalami kekalahan untuk kali kedua berturut-turut di suku akhir selepas tewas kepada Croatia melalui penalti di Piala Dunia 2022.

“Al-Hilal dengan gembiranya mengumumkan bahawa Neymar akan menyertai skuad untuk perjalanan ke Al-Ain. Dia sudah kembali.

“Neymar menyertai latihan pasukan selepas menamatkan program pemulihannya,” ,” kata kelab itu dalam hantaran di platform media sosial X.

Mereka menentang Al-Ain di Stadium Hazza bin Zayed Isnin ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top