“Ni Untuk Hentikan Fitnah Nurtizen” – Noor Nabila Jawab Spekulasi Jejaka Misteri Bukan Aliff Aziz 

“Ni Untuk Hentikan Fitnah Nurtizen” – Noor Nabila Jawab Spekulasi Jejaka Misteri Bukan Aliff Aziz 


Usahawan yang juga kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila tampil menjelaskan spekulasi tular berkenaan jejaka misteri yang didakwa adalah penyanyi, Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story (IGS), Nabila kelihatan memuat naik foto miliknya bersama jejaka berkenaan beserta komen ringkas.

Katanya, posting berkenaan dibuat bertujuan untuk menghentikan fitnah-fitnah netizen di luar sana.

“Posting ini bertujuan untuk hentikan fitnha-fitnah nurtizen,” tulisnya.

Sebelum ini, Nabila menyorot perhatian ramai apabila berkongsi foto bersama bersama jejaka tersebut di IGS miliknya pada Rabu.

Foto yang dikongsikan itu memeprlihatakn Nabila mengenakan gaun berona magenta gelap sambil tersenyum ketiak dipeluk jejaka berkenaan.

Sekadar info, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 sebelum berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Selepas itu, Nabila pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 26 September 2023, namun pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Foto Mesra Noor Nabila Dengan Jejaka Berjambang Undang Spekulasi



Source link

OR

Scroll to Top