“Niat Kahwin Kerana Allah, Bukan Nak Orang Jaga”

“Niat Kahwin Kerana Allah, Bukan Nak Orang Jaga”


Hampir 10 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon dan penyanyi Erra Fazira berkata keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah.

Memetik mStar Online, Erra berkata dia turut bertanyakan pada dirinya sama ada dia sedia untuk berkahwin lagi namun percaya perkahwinannya itu adalah takdir yang ditetapkan Allah.

BACA: Bunga Emas 24 Dinar Kejutan Buat Erra, 95 Peratus Majlis Nikah Suami Rancang

“Sebelum terima lamaran, banyak juga saya berfikir dan bertanya kepada ramai orang. Berapa minit sebelum nikah pun saya bertanya ‘adakah benar nak kahwin?’

“Tetap ini adalah aturan Allah. Niat berkahwin kerana Allah dan bukan sekadar nak ada orang jaga,” katanya.

Sementara itu, Erra berkata matlamat utama mereka kini adalah untuk membesarkan cahaya mata perkahwinan terdahulu serta membina keluarga harmoni bersama dua anak mereka.

“Saya sentiasa pegang dengan kata-kata Ezwan untuk jadi sedaging, bermakna segalanya perlu sepakat, saling setuju dan faham,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top