Nicholas Sagau dilantik Presiden MDA

Nicholas Sagau dilantik Presiden MDA


mahaizura@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau Tony Ngimat dilantik sebagai Presiden Persatuan Digital Malaysia (MDA) bagi penggal 2025-2026, berkuatkuasa hari ini.

Pada masa sama, Ketua Media Practices, GroupM Malaysia, Pranav Jha dilantik sebagai Naib Presiden MDA.

Pelantikan baharu ini menggantikan bekas Presiden MDA, Eileen Ooi, yang dilantik Ketua Pegawai Eksekutif PHD APAC baru-baru ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Digital IPG Mediabrands, Cindy Eliza Vaz sebagai Bendahari MDA manakala Ketua Pegawai Operasi Star Media Group Berhad, Lydia Wang kekal memegang jawatan Setiausaha MDA.

Nicholas Sagau berkata, landskap digital berada pada persimpangan kritikal, dengan kecerdasan buatan (AI) ditetapkan mengganggu ekosistem seperti sebelumnya teknologi membentuk semula dunia digital.

“Kini lebih penting daripada sebelumnya untuk MDA bertindak sebagai fasilitator, memacu kerjasama dan inovasi,” katanya.

Sementara itu, Pranav Jha berkata, beliau berbesar hati dan teruja berperanan dalam pasukan baharudi MDA.

“Ia perjalanan sangat mendewasakan saya sejak tiga tahun lalu, menjadi sebahagian daripada ini penumpuan agensi iklan, penerbit, pengiklan dan syarikat teknologi.

“Saya tertunggu-tunggu untuk mengukuhkan janji MDA untuk memupuk bakat, membentuk amalan terbaik digital dan teknologi, memacu inisiatif merentas industri baharu dan mengiktiraf kerja terbaik kakitangan kami,” katanyq.

Ahli jawatankuasa MDA yang dilantik pada penggal baharu ini termasuk Astro Media Solutions, Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, FCB Shout, Kumpulan REV Media, iMedia Asia Sdn Bhd, Petronas, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Star Media Group Berhad, Vivaki Malaysia and Xamble Group Limited.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top