Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan

Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan


Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengakui salah satu penyesalannya semasa memegang jawatan itu ialah gagal mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020.

Menurut beliau, kegagalan itu berlaku akibat kekangan di luar kawalannya, namun tidak pernah mengelak daripada mengakui kelemahan itu.

Gagal iktiraf UEC

Gagal iktiraf UEC

Beliau juga mendedahkan bahawa semasa satu kuliah dalam talian pada tahun 2020, beliau pernah memohon maaf kepada penyokongnya berhubung kenyataan sebelum ini mengenai pengiktirafan UEC ‘dalam tempoh setahun’.

Tegasnya, pendiriannya terhadap pengiktirafan UEC tidak pernah berubah dan konsisten sejak awal, dan sokongan terhadap pengiktirafan itu bukan sesuatu yang tersembunyi.

Artikel lain: Langkah berani! Akmal Saleh sokong PM Anwar tak kecualikan UEC wajib ambil Bahasa Melayu, Sejarah

“Saya menolak dakwaan kononnya saya bercakap berbeza kepada komuniti berbeza atau sengaja mencetus provokasi. Pendirian saya kekal sama, iaitu pengiktirafan UEC adalah baik untuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau menekankan bahawa pengiktirafan UEC bukan sahaja tidak menjejaskan identiti nasional, malah dapat mengukuhkan ekosistem pendidikan, menyokong pembangunan bakat, dan menepati komitmen politik terdahulu dari pelbagai manifesto, termasuk Pakatan Rakyat, PH dan Barisan Nasional.

Sumber: Facebook @Teo Nie Ching





Source link

OR

Scroll to Top