Nik Abduh mimpi allahyarham bapa, bertanya tentang PRN Sabah

Nik Abduh mimpi allahyarham bapa, bertanya tentang PRN Sabah


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Abduh atau Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi kisahnya yang bermimpi allahyarham bapa, bekas Musyidul Am PAS, Tan Sri Dato’ Haji Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh mimpi allahyarham bapa

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, beliau menyatakan allahyarham bapa telah hadir di dalam mimpi dan bertanyakan tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Lama tak jumpa almarhum ayahanda.
“Malam semalam, malam terakhir saya di Tawau, ayahanda datang sepertinya saya baru pulang dari Sabah lalu bertanya dengan nada cergas, “Macam mana pilihan raya Sabah?” ujarnya.

Nik Abduh tak sempat jawab soalan bapa

Nik Abdul menyatakan ketika itu dia seakan berputar-putar dalam mencari jawapan atas soalan yang dilontarkan bapa.

Namun, belum sempat beliau menjawab, bapanya telah mula beredar dari mimpi tersebut.

“Saya berputar-putar mahu menjawab apa ya? Saya fikir ah jawab saja, tengoklah undi anak muda Sabah yang akan bawa bayu perubahan nanti.
“Belum saya menjawb, ayahanda berlalu seperti ada urusan lain untuk dilangsaikan,” katanya.

Walau bagaimanapun, Nik Abduh menegaskan bahawa perkara tersebut hanyalah mimpi dan bukannya sebarang tafsiran.

“Mimpi ya. Tiada tafsiran. Hanya mimpi yang mencergaskan jiwa dan raga,” jelasnya.

nik abduh

Artikel lain: Mengundi adalah kewajiban, haji boleh ditangguhkan – Nik Abduh

Dipenghujung perkongsian tersebut, beliau telah mengucapkan selamat berkempen kepada para calon terutamanya Perikatan Nasional.

Difahamkan, hari ini merupakan hari penamaan calon bagi PRN Sabah dan telah mengumumkan akan bertanding untuk 41 daripada 73 kerusi dipertandingkan.

Sumber: Facebook Nik mohamad Abduh 





Source link

OR

Scroll to Top