Nik Amir ulangi kejayaan, diangkat Pengarah Terbaik

Nik Amir ulangi kejayaan, diangkat Pengarah Terbaik



farihad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Filem Imaginur nyata membawa tuah buat Nik Amir Mustapha apabila namanya dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini, malam ini.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Nik Amir mengulangi kejayaan yang pernah diraih pada FFM 26, sebelas tahun lalu menerusi filem KIL.

Berkongsi keterujaan, Nik Amir menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan padu terhadap karyanya itu.

“Terima kasih pada juri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan penonton. Tanpa penonton yang sokong, filem tempatan tidak akan sampai ke tahap ini.

“Tidak dilupakan media dan blogger. Benarlah promosi dari ke mulut sangat membantu.

“Terima kasih calon yang lain, kami sangat berbangga dengan anda semua hari ini,”.

Kemenangan itu sekali gua melayakkan Nik Amir membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Imaginur yang menampilkan lakonan hebat Beto Kusyairy dan Diana Danielle mengupas kisah cinta tetapi disulami elemen ‘hipnosis’ untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik dan berbeza daripada naskhah tempatan yang lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top