“Nikmatnya Luar Biasa” – Diana Rafar Sudah Islamkan 9 Mualaf

“Nikmatnya Luar Biasa” – Diana Rafar Sudah Islamkan 9 Mualaf


Pelakon Diana Rafar berkongsikan mengenai usahanya yang kini sudah mengislamkan seramai sembilan orang mualaf sejak tahun 2022.

Memetik HibGlam, Diana berkata dia pernah berniat untuk berbuat demikian dan berkongsikan pengalaman pertama membantu seorang wanita warga Mongolia memeluk Islam.

BACA: “Saya Jalan Tak Pijak Bumi” – Diana Rafar Imbau Kembali Zamarul Hisham Lafaz Cerai

“Sejak dulu saya memang ada niat dan terfikir bagaimana nak Islamkan orang, sekurang-kurangnya nak lakukan sekali seumur hidup.

“Kemudian dengan izin Allah, muncul seorang wanita Mongolia dan kami ucap dua kalimah syahadah di rumah saya.

“Selepas itu saya jadi tamak sebab banyak perubahan positif berlaku dalam kehidupan seperti lebih terjaga daripada melakukan perkara tak baik dan semakin malu dengan diri sendiri kalau nak buat benda yang dilarang.

“Sejak itu, tanpa sedar saya sudah mengislamkan sembilan mualaf bermula pada 2022 sehingga 2026. Seakan-akan satu keajaiban yang Allah beri,” katanya.

Sementara itu, Diana turut mengatakan kepuasan membimbing saudara baharu memeluk Islam tidak dapat ditempat lain dan diharap perkongsian di media sosial dapat menarik lebih ramai untuk masuk Islam.

“Perkara lain saya nak kejar selepas mengislamkan saudara baharu adalah beri salam pertama dan ajar sebut Bismillah atau sepotong ayat al-Quran, rasa puas serta nikmatnya luar biasa.

“Sebenarnya usaha Ini sangat kecil sehingga ramai tertanya-tanya bagaimana saya boleh mengislamkan ramai orang, apa amalan saya.

“Tak sangka dengan cara sebarkan perkara ini dalam media sosial dapat menarik lebih ramai yang mahu masuk Islam, Alhamdulillah,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top