Nooh Gadot diminta beri pencerahan tentang mimpi jumpa Rasulullah

Nooh Gadot diminta beri pencerahan tentang mimpi jumpa Rasulullah


KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama (MKI), Datuk Dr Nooh Gadut diminta tampil memberi penjelasan tentang isu mimpi bertemu Rasulullah SAW yang tular baru-baru ini.

Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu dalam masa terdekat.

“Kenyataan akan dikeluarkan JAKIM dan saya telah pun meminta Nooh Gadut untuk beri pencerahan yang jelas tentang isu mimpi Nabi Muhammad SAW itu,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara Peringkat Zon Tengah 2024  di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular dalam laman media sosial tentang seorang pemimpin parti politik di kawasan Pantai Timur mendakwa bertemu Rasulullah SAW di kawasan parlimennya.

Pemimpin itu mendakwa didatangi Rasulullah di kampungnya bersama sahabat baginda sebelum menyampaikan pesanan tentang syiah dan sunni.

Beliau juga dikatakan telah diperintahkan baginda untuk menguatkan perpaduan umat Islam, selari dengan tuntutan syariah dan tuntutan agama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top