Perkongsian pempengaruh media sosial, Rosix Omar menjadi perhatian apabila mendedahkan produk penjagaan kulit yang diamalkan usahawan, Noor Nabila.
Menerusi perkongsian di TikTok, Rosix dan Nabila sedang bersiap bagi menghadiri rumah terbuka.
BACA: Kekasih Noor Nabila 10 Tahun Lebih Muda, Keluarga Dah Restu
Dalam video berkenaan, Nabila berkongsikan produk penjagaan kulit serta minyak wangi yang menjadi kegemaran Nabila.
Apa yang menjadi perhatian, diruangan komen ada netizen mendatakan kos sebotol produk yang digunakan Nabila mencecah ribuan ringgit.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan harga sebotol produk berkenaan bersamaan dengan gaji sebulan mereka.

Terdahulu, Nabila mendedahkan dia berhabis ratusan ribu ringgit untuk menjaga kecantikan kulit.
Nabila berkata dia berbelanja sehingga RM140,000 setahun untuk memiliki kulit cantik tanpa sebarang solekan.





