“Nora Tak Kuat Merajuk, Dia Ada Hati Yang Keras”

“Nora Tak Kuat Merajuk, Dia Ada Hati Yang Keras”


Lelaki yang kini sedang rapat dengan pelakon Nora Danish iaitu Mickey Ayo terbuka berkongsikan mengenai detik perkenalan mereka berdua.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Mickey yang merupakan seorang perunding kewangan itu berkata detik perkenalan mereka bukan menerusi media sosial seperti disangka.

BACA: “Kalau Allah Permudahkan, Maknanya Dialah Orangnya” 

“Macam mana saya kenal Nora? Yang pasti bukan melalui Instagram. Kami memang tak pernah pun saling mengikuti di media sosial.

“Saya gurau bila saya kata saya block Nora. Hakikatnya, tiada sesiapa block sesiapa. Itu cuma gurauan,” katanya.

Mickey yang juga duda kepada dua anak itu berkata mereka berkenalan menerusi kawan-kawan ketika keluar makan bersama dalam masa sama enggan terlalu terbuka bercakap mengenai kisah mereka kepada umum.

“Saya cerita sikit saja, kami berkenalan melalui kawan. Kami keluar makan beramai-ramai dengan kawan-kawan, daripada situlah kami mula saling mengenali.

“Dari situ perkenalannya. Apa-apa pun saya doakan yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mickey turut mendedahkan Nora bukan seorang wanita yang mudah merajuk.

“Dia tak kuat merajuk. Dia ada hati yang keras, ‘heart of steel’,” katanya.

Terdahulu, Nora mengakui Mickey merupakan lelaki yang sedang rapat dengannya ketika ini dan sering membuatkannya ketawa.






Source link

OR

Scroll to Top