Normalisasikan kehadiran ahli, pimpinan UMNO zahir sokongan terhadap Najib – PSAP

Normalisasikan kehadiran ahli, pimpinan UMNO zahir sokongan terhadap Najib – PSAP


KUANTAN: UMNO dilihat masih gagal menormalisasikan budaya ahli dan kepimpinannya hadir, berhimpun memberikan sokongan serta semangat kepada pemimpin parti itu yang didakwa ataupun dibicarakan di mahkamah.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, perkara ini bukan baharu dan ia berbeza dengan parti-parti politik lain yang dilihat turun beramai-ramai bagi membela dan menyokong pemimpin mereka.

Menurutnya, dalam kes mahkamah membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau bersimpati dengan bekas Perdana Menteri itu sehingga beliau meluahkan sukarnya mencari sahabat sejati.

“Adakah tiada semangat setiakawan dalam kalangan ahli dan pimpinan UMNO? Dulu sewaktu Bossku menjadi Perdana Menteri, ramai pula tampil mengaku sahabat dan rakan.

“Tapi kini bila Bossku sedang didakwa di mahkakah, semua hilang. Di mana ketua-ketua UMNO bahagian yang dulu setiap bulan, minggu jumpa Bossku untuk mohon peruntukan.

“Inilah masalah dalam kalangan ahli dan pimpinan UMNO. Pemimpin diangkat, dijulang bila berkuasa. Bila tiada kuasa, dilupakan begitu sahaja. Saya mewakili PSAP bersimpati terhadap Bossku. Semoga Bossku dipermudahkan segala urusan dan dapat membuktikan kebenaran dan membersihkan nama bekas Perdana Menteri itu di mahkamah,” katanya di sini hari ini.

“Sukarnya mencari sahabat sejati”. Demikian luahan Najib yang kini menghadapi pendakwaan berkaitan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah.

Menurut bekas Perdana Menteri tersebut, terdapat sebilangan ‘sahabatnya’ yang hanya hadir di sisi ketika beliau senang tetapi hilang apabila menghadapi situasi sukar.

Rabu lalu, Najib diperintah membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap bekas perdana menteri dan menteri kewangan terbabit.

Kes didengar Collin Lawrence Sequerah yang kini merupakan hakim di Mahkamah Rayuan. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top