Norza dicalon sebagai Naib Presiden OCA

Norza dicalon sebagai Naib Presiden OCA


KUALA LUMPUR- Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Perhimpunan Agung badan itu 8 Sept ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya OCA Rohinton Nariman dalam kenyataan berkata Jawatankuasa Pemilihan telah bermesyuarat untuk menyemak viate kurikulum (CV) dan syarat kelayakan mengikut Perlembagaan OCA, Peraturan dan Garis Panduan Pemilihan semua calon yang dikemukakan oleh Ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) OCA sebelum tarikh akhir 21 Julai.

Jawatankuasa itu juga menilai kesemua pencalonan yang diterima untuk Naib Presiden Zon OCA yang lain iaitu Timothy Fok dari Hong Kong dan Battushig Batbold (Mongolia) mewakili Timur, Putera Jigyel Wangchuk (Bhutan) dan Maxwell De Silva (Sri Lanka) untuk Asia Selatan.

Selain itu, pencalonan juga melibatkan Otabek Umarov (Uzbekistan) dan Sadyr Mamytov (Kyrgyzstan) bagi Zon Tengah manakala Dr. Thani Al Kuwari (Qatar) bagi Asia Barat.

Menurut kenyataan sama pemangku Presiden Raja Randhir Singh merupakan calon tunggal yang layak untuk jawatan Presiden OCA memandangkan jawatankuasa itu sebulat suara meluluskan pencalonan beliau oleh NOC India dan disokong oleh 27 Ahli NOC OCA.

“Presiden Jawatankuasa Olimpik Mongolia Battushig Batbold yang dicalonkan oleh NOC Mongolia dianggap tidak layak oleh jawatankuasa kerana beliau tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam Artikel Perlembagaan OCA 22.1.2.1 , 22.1.2.2 dan 22.1.2.3.

“Selepas mesyuarat, Jawatankuasa dimaklumkan menerusi e-mel daripada Setiausaha Agung NOC Mongolia, bahawa Batbold telah menarik balik pencalonannya untuk jawatan presiden,” katanya.

— BERNAMA

 



Source link

OR

Scroll to Top