Nothing raih pembiayaan Siri C berjumlah AS$200 juta

Nothing raih pembiayaan Siri C berjumlah AS0 juta


Kuala Lumpur: Syarikat teknologi global, Nothing meraih pembiayaan Siri C berjumlah AS$200 juta (RM940 juta) dengan penilaian mencecah AS$1.3 bilion dan mengukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya pemain bebas telefon pintar yang muncul dalam dekad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nothing, Carl Pei berkata, dana terbaharu itu bakal mempercepatkan pelaksanaan visi syarikat untuk membangunkan platform asli kecerdasan buatan (AI) yang menggabungkan perkakasan dan perisian dalam satu sistem pintar.

“Sejak empat tahun lalu, kami sudah membina asas kukuh melalui rekaan yang memenangi anugerah, rangkaian pembuatan serta rantaian bekalan global.

“Tahun ini kami berjaya melepasi jualan AS$1 bilion selepas mencatat pertumbuhan 150 peratus pada 2024,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Nothing berada pada kedudukan unik untuk menerajui pembangunan sistem operasi baharu berasaskan AI yang lebih diperibadikan, berbanding model sedia ada.

“Kami percaya telefon pintar akan kekal penting, namun pada masa sama akan muncul kelas baharu peranti AI asli yang mampu memberi pengalaman hiperpersonalisasi kepada pengguna,” katanya.

Pusingan pembiayaan Siri C itu diketuai oleh Tiger Global bersama sokongan pelabur sedia ada termasuk GV, Highland Europe, EQT, Latitude, I2BF serta Tapestry, selain penyertaan pelabur baharu seperti Nikhil Kamath dan Qualcomm Ventures.

Nothing sebelum ini memperkenalkan barisan telefon pintar, produk audio serta jam pintar dan merancang melancarkan peranti AI pertama mereka seawal tahun depan.

TAMAT.

HM2609siric

KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nothing, Carl Pei.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top