Nottingham Forest perkuatkan pertahanan dengan Cunha

Nottingham Forest perkuatkan pertahanan dengan Cunha


Cunha perkukuh benteng Forest. Foto Agensi

NOTTINGHAM Forest melengkapkan perpindahan pertahanan muda Brazil, Jair Cunha dari kelab Liga Brazil, Botafogo.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun di City Ground, yang akan mengikatnya bersama kelab tersebut sehingga sekurang-kurangnya musim panas 2030.

Cunha, yang menyertai Botafogo pada Februari lalu, sempat beraksi dalam kempen Piala Kelab Dunia dan berjaya menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Seattle Sounders.

Beliau merupakan pemain kedua yang ditandatangani oleh Forest dari Botafogo dalam tempoh seminggu, selepas penyerang Brazil, Igor Jesus menyertai kelab itu dengan nilai yang dilaporkan sekitar £10 juta.

Ketua Pegawai Bola Sepak Forest, Ross Wilson, menyatakan kegembiraannya atas kehadiran Cunha.

“Jair adalah bakat muda yang telah menunjukkan kualiti sepanjang tempohnya di Brazil, dan kami gembira dapat mendapatkan tandatangannya.

“Jair telah berkembang di Brazil dan kini mempunyai cita-cita baharu apabila berpindah ke Liga Perdana Inggeris. Kami tahu dia akan disambut baik dalam keluarga Nottingham ini,” katanya.

Cunha memulakan kerjaya profesionalnya di Santos dan telah membuat 24 penampilan sebelum berhijrah ke Botafogo.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah membuat lapan penampilan bersama skuad Brazil Bawah 20 Tahun (B-20), dan membantu negaranya memenangi Kejohanan B-20 Amerika Selatan awal tahun ini.

Kehadiran Cunha ke Forest berlaku ketika kelab itu sedang mempertimbangkan untuk melepaskan beberapa pemain utama.

Newcastle United dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran sebanyak £55 juta untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Sweden, Anthony Elanga daripada Forest.



Source link

OR

Scroll to Top