Penyanyi Nubhan membuat laporan polis selepas mengeluarkan barangan milik bekas isterinya, Dr Fie di kediaman didiaminya bersama anak-anak mereka.
Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata Nubhan dilapor telah membuat laporan pada 29 Disember lalu.
BACA: Netizen Mahu Boikot, Desak GV12 Singkir Nubhan
Menurutnya, pada keesokan harinya bekas isterinya pula membuat laporan polis mendakwa Nubhan memindahkan barangannya tanpa izin.
“Polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh penyanyi itu, yang mana dia telah datang ke rumahnya di Taman Lavender Heights untuk mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya bagi dihantar ke rumah bekas mentuanya.
“Kemudian, pada 1 Januari lalu, wanita itu pula telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Nubhan yang memindahkan barang-barang kepunyaannya tanpa keizinan,” katanya.
Sementara itu, pihaknya berkata siasatan awal telah dijalankan dan kedua-dua laporan polis tersebut diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) dan dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
Sumber: Sinar Harian






