Nama penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad , kembali menjadi perhatian selepas isterinya, Dr. Afifah atau lebih mesra dipanggil Dr.Fie memuat naik kenyataan tegas di media sosial berhubung individu yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap mereka.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Dr.Fie seolah-olah memberi bayangan bahawa ramai pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya menyamar dan menggunakan akaun palsu untuk menimbulkan kekeliruan.
“Ya, Nubhan diam tapi ramai nak jadi hamba-hamba dia sebarkan fitnah. Kena bayar RM5 juta is it?,” luahnya.
Menurutnya, kebanyakan akaun yang tampil membuat kenyataan negatif terhadap mereka adalah akaun palsu yang dikendalikan oleh orang sekeliling.
“Sebab tengok akaun, sepupu dia, staff dia, jiran dia,eh! Memang orang keliling dia juga dan semuanya fake akaun. Kelakarlah awak ni,” katanya.
Walaupun tidak menyebut secara jelas kepada siapakah sindiran itu ditujukan, kenyataan Dr.Fie pantas menarik perhatian netizen yang mengaitkan hantaran tersebut dengan isu peribadi melibatkan pasangan itu sebelum ini.

Sementara itu, ramai pengikut turut meninggalkan komen menasihati agar Dr.Fie kekal tenang dan tidak terlalu beremosi dengan memuat naik kenyataan di media sosial.
Malah, rata-rata menasihatkan agar Dr.Fie menyerahkan segalanya kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.



Terdahulu, Nubhan menerusi kenyataannya kepada media memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut hal rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah secara umum.
Katanya, dia meletakkan segala kesalahan atas diri sendiri tanpa menunding jari pada mana-mana pihak.




