Nubhan Fail Tuntutan Hadanah Tiga Anak Terhadap Dr Afifah

Nubhan Fail Tuntutan Hadanah Tiga Anak Terhadap Dr Afifah


Penyanyi Nubhan memfailkan tuntutan hadanah hak penjagaan penuh dan interim tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Memetik Utusan, peguam mewakilinya berkata tuntutan tersebut difailkan Nubhan terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah pada September lalu dan kedua-duanya setuju untuk selesaikan secara baik.

BACA: “Nubhan Tak Maklum Dah Ceraikan Saya Kepada Keluarga”

“Encik Nubhan telah membuat dua tuntutan iaitu hak penjagaan penuh secara mutlak dan interim yang mana kedua-dua itu masih di dalam kertas klausa yang tidak boleh didedahkan.

“Hak penjagaan yang dimaksudkan ialah hak bermalam, lawatan semasa hari raya, pergi sekolah dan sebagainya.

“Peguam yang mewakili defenden telah maklum akan perkara ini dan setuju berbincang untuk menyelesaikan secara baik,” katanya.

Kata peguam lagi, setakat ini tiga orang anak mereka iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille berada dalam jagaan ibu, namun tiada halangan untuk Nubhan berjumpa.

“Anak guam saya dan pihak defenden setuju untuk selesaikan cara baik. Sekarang ini  anak-anak dijaga oleh ibu mereka.

“Semalam saya baru berbual dengan anak guam saya memaklumkan mereka tiada apa-apa masalah dalam urusan berkaitan penjagaan anak dan sebagainya.

“Mereka akan hadir untuk rekod persetujuan daripada perbincangan nanti. Sebutan kedua dijadualkan pada 26 November ini. Kita minta agar semua mendoakan agar dimudahkan urusan,” katanya. 

Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Sumber: Utusan






Source link

OR

Scroll to Top