Nubhan Nafi Dakwaan Bekas Isteri, Bibik Tak Cium Bibir Anak Lelaki

Nubhan Nafi Dakwaan Bekas Isteri, Bibik Tak Cium Bibir Anak Lelaki


Penyanyi Nubhan menafikan dakwaan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah yang mendakwa pembantu rumahnya mencium bibir anak lelakinya.

Memetik HibGlam, Nubhan berkata ramai orang berada di tempat kejadian dan tidak berlaku perbutan mencium seperti yang didakwa.

BACA: Nubhan Sokong Bekas Isteri Jadi Artis

“Saya bawa bibik untuk melawat anak saya yang sakit di hospital. Di situ ada ramai orang yang menyaksikan. Jadi saya menafikan perbuatan cium mulut itu berlaku.

“Kalau dia (bekas isteri) nak bawa perkara ini ke tengah, dia boleh buat laporan polis. Saya bersedia untuk memberi kerjasama yang penuh,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah dia tidak penat untuk ke mahkamah, Nubhan berkata tiada masalah baginya jika itu cara terbaik selesaikan masalah.

“Kalau itu adalah cara yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak, Insya-Allah tiada masalah untuk saya. Saya akan beri kerjasama.

“Daripada berlarutan sehingga menjadi asbab untuk orang berkata-kata, biarlah kita guna saluran yang betul,” katanya.

Terdahulu, menerusi satu hantaran di Threads, Dr Fie meluahkan rasa kurang senang mendakwa pembantu rumah Nubhan mencium bibir anak lelaki mereka.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top