Nubhan Nafi Dakwaan Wujud Orang Ketiga

Nubhan Nafi Dakwaan Wujud Orang Ketiga


Penyanyi Nubhan menafikan dakwaan wujud orang ketiga atau skandal yang menjadi punca keretakan rumah tanggnya dengan isteri, Dr Afifah Hidayah.

Memetik BH Online, Nubhan berkata wanita yang dikaitkan dengannya itu sudah dikenalinya lebih 20 tahun dan berasal dari kampung halaman yang sama.

BACA: “Bila Dia Dakwa Tak Tahu Punca Diceraikan, Itu Mustahil”

“Wanita itu orang kampung saya. Dia dan anak-anak kadang-kadang datang ke rumah. Saya sudah kenal dia dan keluarganya lebih 20 tahun dan kami memang rapat.

“Dia juga ada masalah buah pinggang. Kadang-kadang dia tumpang tinggal di rumah sebab rumah saya lebih dekat dengan hospital. Bila datang, dia rapat juga dengan isteri dan anak-anak saya,” katanya.

Sementara itu, Nubhan berkata isterinya turut mengenali wanita berkenaan dan beberapa kali menjemputnya datang ke rumah kerana simpati dengan keadaan kesihatannya.

“Isteri saya pun pernah ajak dia datang ke rumah atau keluar membeli-belah bersama. Tapi bila orang nampak dia datang ke rumah dengan anak-anaknya, ada yang salah tafsir dan kaitkan dengan isu perceraian kami,” katanya.

Sementara itu, Nubhan terkilan apabila hubungan akrab dengan wanita tersebut disalah ertikan apatah lagi dia hanya menghulurkan bantuan sehingga dikaitkan dengan punca kemelut rumah tangganya.

“Saya rasa tuduhan itu tak wajar. Kalau ada kenalan kampung datang menumpang, takkan saya nak halau? Dia pun sakit. Saya hanya hulur bantuan sebab simpati dan atas dasar kemanusiaan. Tak ada perkara lain antara kami,” katanya.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top