Perkongsian penyanyi Nubhan di Insta Story mencetuskan tanda tanya dan spekulasi netizen apabila memetik nama selebriti Amber Heard.
Hantaran Nubhan itu mendapat pelbagai reaksi netizen di laman Threads yang mendakwa penyanyi itu seolah ‘play victim’ serta mengatakan tidak perlu menyindir orang lain.
BACA: Nubhan Fail Tuntutan Hadanah Tiga Anak Terhadap Dr Afifah

Sementara itu, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah susulan apa yang berlaku serta tertanya-tanya kisah sebenar yang berlaku.
Terdahulu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah hak penjagaan penuh dan interim tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.





