Nubhan Sokong Bekas Isteri Jadi Artis

Nubhan Sokong Bekas Isteri Jadi Artis


Penyanyi Nubhan berkata dia akan menyokong apa saja bidang yang ingin diceburi bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah termasuk jika mahu menceburi bidang seni.

Memetik Media Hiburan, Nubhan malah berkata dia tidak pernah menghalang Dr Fie untuk mengejar apa yang diimpikan termasuk ketika mereka bergelar suami isteri.

BACA: Nubhan, Dr Fie Sah Bercerai Talak Dua

“Saya sentiasa sokong apa saja bidang yang ingin diceburinya. Malah, ketika dia bergelar doktor, saya sediakan sebuah klinik buat dia. Saya sokong apa yang ingin dia buat sama ada nak jadi artis, doktor atau apa-apa saja,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya selepas berpisah, Nubhan berkata dia mahu terus memandang ke hadapan serta fokus pada kerjaya, perniagaan dan anak-anak.

“Saya rasa perbezaannya tidaklah terlalu banyak. Saya akan teruskan dengan tugas-tugas biasa saya. Kini saya sibuk dengan GV12. Melihat pada kerjaya seni saya, meskipun masih terlalu awal nak meramal, saya pasti akan buat yang terbaik,” katanya.

Pada 2 Disember lalu, Nubhan dan Dr. Fie sah bercerai talak kedua selepas 10 tahun berumah tangga. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Sumber: Media Hiburan






Source link

OR

Scroll to Top