Pihak produksi Gegar Vaganza musim ke-12 berkata mereka mengambil maklum susulan ada sesetengah pihak kurang senang terhadap Nubhan berkenaan isu peribadi membabitkan penyanyi itu.
Memetik HibGlam, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari berkata meskipun ada netizen yang mendesak mahu memboikot namun Nubhan tidak pernah melanggar syarat pertandingan.
BACA: Nubhan Buat Laporan Polis Selepas Keluarkan Barang Dr Fie
“Kami faham keprihatinan penonton, khususnya apabila isu peribadi peserta menjadi perhatian.
“Tapi satu perkara yang harus diingatkan, setakat ini Nubhan tidak melanggar apa-apa syarat pertandingan. Jadi secara teknikal, statusnya masih peserta, maka dia masih layak untuk terus berada dalam GV12,” katanya.
Sementara itu, Idlan berkata masalah peribadi membabitkan peserta atau segala kritkan diluar kawalan pihak produksi.
“Perkara melibatkan kehidupan peribadi dan kritikan penonton bukan di bawah kawalan kami.
“Apa yang mampu kami pastikan hanyalah mutu persembahan di pentas setiap minggu. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada Nubhan untuk berhenti,” katanya.
Sumber: HibGlam






