PENGENDALI Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo mengakui lega apabila kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terselamat daripada disingkirkan dari saingan Piala FA.
Forest sebelum itu berjaya mengelak daripada diaibkan kelab tangga ke-18 Divisyen Satu, Exeter City dengan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 2-2 dalam aksi di St James’ Park.
“Saya lega biarpun sudah tentu ini bukan permainan terbaik. Kami bermula buruk tetapi kami bertindak balas dengan baik.
“Separuh masa kedua idea adalah untuk menutup permainan, tetapi kami bolos daripada situasi bola mati dan segala-galanya berubah.
“Exeter tampil kurang seorang pemain, jadi satu penghargaan kepada semangat juang pemain mereka dan kami gembira apabila berjaya melepasi halangan mereka,” kata pengendali kelab yang berada di tangga ketiga EPL itu.
Forest selepas ini akan menjadi tuan rumah kepada Ipswich Town di City Ground pada pusingan kelima awal bulan depan.
PIALA FA
Pusingan Kelima
SABTU (1 MAC)
Aston Villa lwn Cardiff City, 11 malam
Manchester United lwn Fulham, 11 malam
Nottingham Forest lwn Ipswich Town, 11 malam
Crystal Palace lwn Millwall, 11 malam
Newcastle United lwn Brighton, 11 malam
Bournemouth lwn Wolverhampton Wanderers, 11 malam
Preston North End lwn Burnley, 11 malam
Manchester City lwn Plymouth Argyle, 11 malam