September 8, 2024

Nurul Aishah Farhana ikut teman lelaki secara sukarela -KP Selangor

Nurul Aishah Farhana ikut teman lelaki secara sukarela -KP Selangor


BATANG KALI – Nurul Aishah Farhana Azni, 17, yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai mengikut teman lelakinya secara sukarela.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu, mangsa telah pulang kepangkuan keluarga sejurus selepas ditemui pihak berkuasa.

“Tiada pemeriksaan dan dia dalam keadaan sihat. Dia keluar dengan sukarela, cuma di bawah umur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Forum Jenayah Tak Mengenal Warna Kulit di Masjid Utama Batang Kali, di sini hari ini.

Terdahulu hari ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata seorang penganggur berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan Nurul Aishah Farhana.

Katanya, pemuda itu ditahan di Triang, Pahang, pukul 12.30 tengah malam semalam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Siasatan mendapati mangsa menghadapi masalah keluarga dan mempunyai hubungan rapat dengan suspek.

Ujian air kencing mendapati, suspek negatif dadah selain tiada rekod lampau jenayah atau dadah.

Suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 27 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Malaysia Gazette sebelum ini melaporkan, pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Nurul Aishah Farhana, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Mohd Asri Mohd Yunus, laporan mengenai kehilangan gadis itu dibuat oleh bapa mangsa pada 12.42 tengah hari semalam di Balai Polis Batang Kali.

Tambahnya, Nurul Aishah Farhana berkulit cerah dengan ketinggian antara 150 hingga 155 sentimeter serta anggaran berat 50 hingga 55 kilogram.- MalaysiaGazette

 



Source link

OR

Scroll to Top