Nurul Izzah jadi MB Selangor? PM Anwar tegaskan tiada sebarang perbincangan

Nurul Izzah jadi MB Selangor? PM Anwar tegaskan tiada sebarang perbincangan

Nurul Izzah jadi MB Selangor? PM Anwar tegaskan tiada sebarang perbincangan


Perdana Menteri menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebarang perbincangan berkaitan kemungkinan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Tiada sebarang perbincangan tentang MB Selangor

Memetik laporan daripada Bernama, penjelasan itu hadir selepas isu berkenaan kembali diperkatakan susulan kenyataan Amirudin Shari yang mencadangkan nama beliau sebagai pengganti.

“Itu pandangan beliau (Amirudin Shari). Dia tidak berbincang dengan saya pun,” ujar Perdana Menteri ketika diminta mengulas perkara itu.

Menurutnya, cadangan berkenaan hanyalah pandangan individu dan tidak melibatkan sebarang rundingan rasmi.

Tiada sebarang perbincangan, sifatkan pendangan peribadi Amirudin

Amirudin sebelum ini memaklumkan bahawa cadangannya telah disampaikan kepada Nurul Izzah dan keputusan terserah kepada beliau.

Namun, tumpuan kini turut terarah kepada masa depan politik Amirudin sendiri yang disebut-sebut bersedia menerima peranan di peringkat Persekutuan.

Mengulas hal itu, Perdana Menteri hanya menjawab secara ringkas dengan bertanyakan bilakah pilihan raya akan berlangsung.

“Pilihan raya bila? Masih lama lagi… kita bincang kemudian,” ucapnya.

Beliau juga sempat berseloroh apabila diasak dengan soalan tentang desas desus rombakan kabinet yang dikatakan bakal terjadi hujung tahun ini.

“Rombakan itu bagi mengisi kekosongan. Boleh cadangkan beberapa nama? Saya akan pertimbangkan,” katanya.

sebarang perbincangan

Artikel lain: Amirudin cadang Nurul Izzah pengganti MB Selangor -“Terpulang kepada beliau”

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengatakan dirinya telah mengutarakan cadangan kepada pihak Nurul Izzah untuk menjadi pengganti mentadbir urus negeri terbabit sebagai satu langkah untuk tidak ada sebarang persepsi ataupun stigma berkenaan nepotisme.





Source link

OR

Scroll to Top