Nurul Izzah umum beralih ke Polity, terus perjuang hak wanita

Nurul Izzah umum beralih ke Polity, terus perjuang hak wanita


KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar hari ini mengumumkan pengunduran daripada Social & Economic Research Initiative (SERI) bagi memberi perhatian kepada Polity yang baharu ditubuhkan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan usaha pemerkasaan wanita, belia dan komuniti rentan dapat digerakkan dengan lebih berkesan.

“Saya menghargai semua pengalaman bersama SERI dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh saya di sana.

“Kini, saya mahu memberi fokus sepenuhnya kepada Polity sebagai platform utama untuk membawa perubahan dasar yang lebih inklusif, terutama kepada golongan wanita” katanya ketika merasmikan penubuhan Polity di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Polity ditubuhkan bagi memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu sosioekonomi, akses kesihatan, keadilan sosial dan keterangkuman digital melibatkan wanita.

“Sepanjang tahun ini, beberapa program utama akan dilaksanakan termasuk latihan kepimpinan wanita “Wanita Mendunia” dan Persidangan Kepimpinan Wanita ASEAN.

“Kita bukan sahaja mendapat sokongan di Malaysia, malah di peringkat Asia Tenggara dan global,” katanya.

Menurutnya, Polity turut komited memastikan suara dan kepemimpinan wanita lebih diiktiraf dalam pelbagai sektor.

“Polity komited membina ekosistem yang menyokong wanita, bukan sahaja dalam aspek kepimpinan tetapi juga dalam akses kepada pendidikan, ekonomi, dan teknologi,” jelasnya.

Mac tahun lalu Nurul Izzah telah dilantik sebagai Pengerusi SERI.





Source link

OR

Scroll to Top