Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya, Ayden dan Ara.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Aliff memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang menyanyi lagu cover berjudul Takdir Buatku.
Apa yang meruntun jiwa ramai adalah latar belakang video menunjukkan momen-momen bersama anak-anak tercinta.
“Andai benar takdir ini yang tertulis buatku, Sejujurnya sukar untuk ku berdamai dengannya,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ibunya, Fiza Aziz menzahirkan doa serta harapan agar cucu-cucunya itu sentiasa dibawah jagaan Allah SWT.
“Semoga Allah pelihara #JantungHatiKami menjadi anak-anak yang soleh dan soleha. Walau jauh di mata tetapi tetap di dalam doa dan ingatan kami sekeluarga, amin,” katanya.
Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan kata-kata sokongan buat Aliff agar dia terus kuat dan tabah menjalani ujian tersebut.
Imbas kembali, Aliff pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, namun sah bercerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac 2024.






