Okafor cipta rekod baharu EPL

Okafor cipta rekod baharu EPL


London: Perpindahan Noah Okafor ke Leeds United dari AC Milan dengan rekod 18 juta pound (RM104 juta) semalam menyaksikandia mencatatkan rekod baharu jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Yuran perpindahan penyerang Switzerland berusia 25 tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan kelab EPL mencecah 2.37 billion pound, sekali gus memecahkan rekod terdahulu 2.36 bilion pound yang dicatat pada musim panas 2023.

Jumlah itu dijangka terus meningkat memandangkan jendela perpindahan hanya akan ditutup seminggu lagi.

Okafor memiliki 24 caps bersama Switzerland, sebelum ini mencipta nama bersama RB Salzburg dengan empat kejuaraan liga Austria, sebelum berhijrah ke Milan dan dipinjamkan ke Napoli musim lalu ketika kelab itu menjulang Scudetto.

“Sejak kecil saya impikan untuk bermain di EPL. Jadi keputusan untuk datang ke sini agak mudah. Bola sepak saya sesuai dengan liga ini dan ia seperti mimpi jadi nyata. Saya tidak sabar untuk turun beraksi,” kata Okafor menerusi laman web rasmi Leeds.

Penyerang itu turut mengakui tertarik dengan intensiti EPL yang dianggap sebagai liga terbaik dunia.

“Saya dengar liga EPL paling sengit, malah ramai rakan saya pernah bermain di sini. Saya benar-benar bersedia untuk cabaran baharu ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top