Olahraga Malaysia lepaskan Ballard

Olahraga Malaysia lepaskan Ballard


KHIDMAT Pengarah Teknikal, Robert Ballard, tidak akan disambung selepas tamat kontrak pada 31 Julai depan.

Olahraga Malaysia (MA) berkata, khidmat Ballard tidak akan diperbaharui kerana kekangan dana akibat kurang peruntukan daripada kerajaan dan penajaan swasta.

“Robert Ballard telah bersama keluarga MA sejak tahun 2023.

“Beliau telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan dan peningkatan prestasi atlet negara sepanjang tempoh dua tahun ini.

“Kami berterima kasih atas sumbangan, dedikasi serta komitmen Ballard sepanjang bersama MA. Kami juga mendoakan agar Ballard terus maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini,” kata badan itu pada Rabu.



Source link

OR

Scroll to Top