September 8, 2024

Olimpik Paris: Celine Dion dibayar RM9 juta menyanyi satu lagu

Olimpik Paris: Celine Dion dibayar RM9 juta menyanyi satu lagu


PARIS – Diva pop terkenal dunia, Celine Dion dilaporkan akan muncul membuat persembahan Majlis Pembukaan Olimpik Paris 2024 awal pagi Sabtu ini dengan menyanyikan satu lagu dengan bayaran AS$2 juta (RM9.34 juta)

Kemunculan Dion pasti dinantikan peminatnya kerana ia merupakan persembahan pertamanya sejak didiagnosis penyakit masalah sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS) pada 2022.

Portal media TMZ melaporkan, penyanyi berusia 56 tahun yang popular dengan lagu My Heart Will Go On mendaftar masuk di hotel mewah Royal Monceau di ibu negara Perancis pada Isnin lalu.

Selain itu, penyanyi Lady Gaga dan Dua Lipa dijangka melakukan persembahan sama semasa acara tersebut.

Dion, 56, pada awal tahun ini berikrar untuk kembali ke pentas dan kediamannya di Las Vegas.

Sebelum itu, dia antara penyanyi yang mahir berbahasa Perancis paling terkenal sepanjang zaman namun tidak dapat membuat persembahan selama bertahun-tahun berikutan menghidap penyakit autoimun.

Dion terpaksa melupakan seketika karier nanyiannya pada 2022 selepas didapati menghidap penyakit jarang berlaku sindrom Stiff Person yang turut didedahkan dalam dokumentari videonya I Am: Celine Dion.

Namanya bukan asing dengan temasya Olimpik apabila pernah membuat persembahan lagu bertajuk The Power Of The Dream semasa Majlis Perasmian Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta dengan disaksikan 3.5 bilion penonton seluruh dunia. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top