Ombak besar di Teluk Bayu, R&R Bagan Ajam dilimpahi air laut

Ombak besar di Teluk Bayu, R&R Bagan Ajam dilimpahi air laut


BAYAN LEPAS – Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi kawasan pantai di sekitar Teluk Bayu di sini, susulan keadaan air pasang besar hingga menyebabkan paras air laut naik ke daratan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, sebarang aktiviti pantai tidak dibenarkan susulan keadaan berbahaya.

Jelasnya, aktiviti nelayan turut terkesan sehingga peralatan tangkapan ikan terpaksa dialihkan.

peralatan tangkapan ikan juga terpaksa dialihkan.

“Orang ramai diminta bersabar dan tidak mengunjungi pantai di situ berikutan ribut, hujan dan cuaca tidak menentu sekarang ini.

“Ambil tindakan segera jika ada pertimbangan risiko kemungkinan yang akan terjadi dengan keadaan semasa kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain Teluk Bayu, lokasi seperti Padang Kota turut terjejas apabila air laut melimpah masuk sehingga ke medan selera Medan Renong.

Air laut melimpah masuk sehingga ke medan selera Medan Renong di Padang Kota.

Sementara itu, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dalam satu hantaran di Facebook turut mengingatkan pengunjung agar berhati-hati ketika menghampiri kawasan pantai buat masa ini.

“Kepada pengunjung R&R Bagan Ajam anda diminta tidak menghampiri kawasan pantai kerana cuaca yang sangat tidak baik dan ombak tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

Air laut melimpahi kawasan R&R Bagan Ajam.



Source link

OR

Scroll to Top