OMNIA perkenal pakej khas bantu PKS iklankan produk

OMNIA perkenal pakej khas bantu PKS iklankan produk


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Media Prima Omnia (Omnia) komited meningkatkan kepercayaanperusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk penjenamaan melalui media.

Ketua Pegawai Operasi Big Tree Outdoor, Omnia Agency Solutions, Stephanie Wong berkata, pihaknya mempunyai pelbagai inisiatif bagi tujuan itu.

“Antaranya ialah kami memperkenalkan pakej khas untuk PKS bermula dari RM5,000,” katanya selepas lawatan kerja MM Media Network di Balai Berita, di sini hari ini.

Selain itu, Stephanie berkata, setiap PKS mempunyai keperluan yang berbeza.

“Kami menyediakan pakej yang unik dan khusus untuk keperluan setiap PKS dan bukan menggunakan konsep one size fits all.

“Kami mengenal pasti PKS yang memerlukan bantuan dan menjemput mereka untuk menyertai kami, kami (Omnia) juga menyediakan konsultasi kepada mereka tentang cara mengiklankan, ke mana hala tuju jenama mereka dan kami membantu anda untuk ke sana,” katanya.

Selaras dengan usaha itu, Omnia hari ini menjalinkan kerjasama dengan MM Media Market untuk menarik lebih banyak PKS meningkatkan pengetahuan dalam kepentingan penjenamaan syarikat mereka.

Stephanie berkata, pihaknya berharap dengan usaha ini, usahawan PKS akan mampu membawa jenama mereka ke peringkat global.

“PKS akan menjadi berdaya saing, dan Omnia dapat mengukuhkan pengiktirafan suara PKS sebagai tulang belakang konglomerat negara,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top