Onana dijadikan kambing hitam

Onana dijadikan kambing hitam


MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana.

Pandangan itu disuarakan legenda kelab, Edwin van der Sar yang percaya terdapat isu yang lebih besar untuk diselesaikan di Old Trafford berbanding membawa masuk penjaga gol baharu.

The Red Devils telah dikaitkan dengan beberapa penjaga gol selepas kempen yang mengecewakan, menyaksikan mereka menamatkan musim di tangga ke-15 liga.

Onana telah melakukan lapan kesilapan yang membawa kepada jaringan gol dalam saingan Liga Perdana sejak menyertai United pada tahun 2023.

Dalam tempoh yang sama, tiada penjaga gol lain dalam liga yang melakukan kesilapan sebanyak itu.

Namun, Van der Sar tetap menyokong Onana, dan percaya penjaga gol itu dijadikan kambing hitam atas prestasi buruk pasukan.

“Saya sudah kenal dia lama. Dia bersama Ajax selama empat atau lima tahun. Saya pernah melatihnya dan melihat bagaimana dia berkembang.

“Dia memiliki kekuatan yang hebat dan pantas. Dia juga bagus menggunakan kaki. Saya yakin dia akan mengatasi semua ini.

“Kadangkala bukan mudah. Kadangkala tekanan dan prestasi menjadi cabaran.

Tapi saya pernah lihat dia bermain untuk Ajax, untuk Inter, dalam final Liga Juara-Juara.

“Saya yakin dia akan kembali hebat musim depan.

“Saya rasa ada bahagian lain dalam pasukan yang perlu diperbaiki oleh United,” katanya.

Apabila ditanya sama ada tidak adil untuk menyalahkan Onana, beliau menambah: “Kalau dia buat silap, terlepas bola di celah kaki atau buat hantaran yang salah dari belakang, memang senang nak salahkan penjaga gol.

“Tahun ini, dia memang tidak konsisten dalam prestasinya. Tapi dengan kualiti yang dia miliki, dia sepatutnya masih layak bermain untuk United musim depan,” katanya.

Onana telah membuat 101 penampilan bersama Red Devils sejak dibawa masuk oleh bekas pengurus, Erik ten Hag pada tahun 2023.



Source link

OR

Scroll to Top