JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengikuti serbuan dibuat pihak berkuasa negeri ini terhadap beberapa premis perniagaan yang menjual barangan subsidi seperti minyak paket.
Menurut beliau, pihaknya memandang serius isu penyelewangan bahan bersubsidi kerana ia merupakan hak rakyat.
“Tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan. Subsidi rakyat adalah hak rakyat. Kita tidak akan biarkan hak ini dinafikan oleh pihak yang tamak dan tidak bertanggungjawab.
“Johor memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan. Subsidi rakyat adalah hak rakyat,” tegasnya selepas mengikuti satu operasi pemeriksaan di beberapa premis sekitar Iskandar Puteri, di sini.
Tambah Onn Hafiz, tumpuan pemeriksaan itu adalah penjualan barang kawalan seperti gula, tepung, dan minyak masak paket; pematuhan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan serta ketelusan dalam pengedaran barang bersubsidi.
“Saya menyeru semua pihak bersama-sama membanteras ketirisan ini demi kesejahteraan rakyat Johor.
“Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan akan terus memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan agar subsidi benar-benar sampai kepada mereka yang layak,” tegasnya.-UTUSAN