Operasi padam 320 hektar kebakaran hutan di Inderapura Jaya hampir selesai

Operasi padam 320 hektar kebakaran hutan di Inderapura Jaya hampir selesai


KUANTAN – Lokasi kebakaran di Inderapura Jaya yang berakhir lewat petang semalam setelah hampir 320 hektar daripada berjaya dipadamkan.

Ia susulan operasi yang dijalankan beberapa hari bersama agensi sahabat yang lain serta cuaca hujan hari semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Ir. Ts. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, operasi pemadaman kini difokuskan kepada dua lokasi di Gebeng dan Rompin pula.

“Operasi pemadaman kebakaran hutan diteruskan hari ini masing-masing tertumpu di dua kawasan yang masih terjejas iaitu di kawasan Sungai Ular berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) serta Ladang Coconut Valley Rompin.

“Kita optimis baki kebakaran di kawasan Rompin dan Kuantan ini akan berjaya dipadamkan sepenuhnya beberapa hari lagi melalui pengoperasian water bombing dari Helikopter JBPM serta cuaca hujan di beberapa tempat termasuk di lokasi kebakaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wan Mohammad Zaidi, beliau memantau rapat perkembangan operasi serta tinjauan melalui udara yang dijalankan dan berkesempatan beramah mesra bersama kru Unit Udara Bomba yang terlibat dalam operasi hari ini.

Sebagai rekod sebanyak 800.03 hektar hutan telah terbakar di seluruh negeri Pahang sepanjang musim kemarau tahun ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top