Operasi roboh binaan haram di Kampung Chubadak Tambahan dilaksana 14 Januari

Operasi roboh binaan haram di Kampung Chubadak Tambahan dilaksana 14 Januari

Operasi roboh binaan haram di Kampung Chubadak Tambahan dilaksana 14 Januari


hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan tegas terhadap binaan haram, premis tanpa kebenaran serta pencerobohan kawasan yang melanggar undang-undang akan dilaksanakan menerusi perintah penghakiman penyerahan milikan kosong di Kampung Chubadak Tambahan pada 14 Januari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah langkah penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang aktiviti pembinaan dan pendudukan tidak sah yang dikenal pasti berlaku di kawasan berkenaan.

Menurutnya, operasi bersepadu tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi berkaitan termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia serta Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Pelaksanaan perintah ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang terhadap struktur binaan haram, premis tanpa kelulusan serta pencerobohan kawasan yang menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, pelaksanaan tindakan itu akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan selain mengambil kira aspek keselamatan awam serta kebajikan semua pihak terbabit.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak berada di kawasan terbabit sepanjang tempoh pelaksanaan operasi dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“PDRM juga menasihatkan semua pihak supaya memberi kerjasama dan tidak mengganggu kelancaran tindakan penguatkuasaan ini demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

“Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top