Ops Murni: Tiada calon SPM terlibat semasa trak tujuh tan milik ATM tergelincir di Rantau Panjang

Ops Murni: Tiada calon SPM terlibat semasa trak tujuh tan milik ATM tergelincir di Rantau Panjang


RANTAU PANJANG: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas dengan banjir di Rantau Panjang tidak terlibat dalam kejadian trak tujuh tan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir ekoran arus deras di Kalbox 5 di sini semasa pelaksanaan Ops Murni hari ini.

Markas 2 Divisyen Infantri dalam satu kenyataan, trak tersebut tergelincir semasa melalui laluan tersebut untuk melaksankan Ops Murni dengan membawa pelajar SPM yang terkandas dengan banjir.

“Kenderaan tersebut telah berjaya dibawa keluar dan telah beroperasi sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan semasa kejadian trak tersebut dinaiki oleh anggota yang bertugas.

Terdahulu rakaman berdurasi 30 saat di aplikasi WhatsApp yang memaparkan kejadian tersebut.

Menurusi Ops Murni hari ini, Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) berjaya memindahkan seramai 300 calon SPM dari beberapa buah sekolah di Rantau Panjang di sini yang terkandas akibat banjir.

Kesemua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang termasuk Maahad Muhammadi Rantau Panjang dipindahkan dengan menaiki trak ke SMK Pasir Mas, SMK Sultan Ibrahim 1 dan SMK Sultan Ibrahim 2.

Ops Murni itu dijayakan oleh seramai 21 orang pegawai dan 157 orang anggota pasukan 21 Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), 5 Rejimen Renjer Diraja (RRD), 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), 74 Batalion KPD, 6 Kompeni Angkut KPD dan 8 Kompeni Angkut KPD.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top