Pelakon popular, Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan oleh netizen.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Zul atau nama lengkapnya, Zulkifli Ariffin secara berseloroh namun tegas mempersoalkan sikap segelintir individu yang dilihat terlalu sibuk mahu mengetahui status perkahwinannya.
Menurut aktor filem Sangkar itu, dia tidak memahami mengapa isu perkahwinannya sering menjadi perhatian.
“Kenapa belum kahwin? Kenapa yang hang nak sibuk sangat orang tak kahwin. Kalau kahwin pun bukan jemput hang pun.
“Ha kalut sangat nak orang kahwin. Bila nak kahwin, bila nak dapat rasa nasi minyak. Hang ingat orang nak hantar nasi minyak kat rumah hang ke?
“Tak ada kena mengena pun. Betul. Tak payah pening kepala,” katanya.
Tambah Zul, soalan berkaitan jodoh sering kali diajukan kepadanya sehingga kadangkala membuatkan dirinya tertekan.
“Kadang-kadang orang selalu tanya macam tu, ‘Eh Zul, bila nak kahwin ni?’. Saya cakap nak kahwin kenapa bukan jemput hang pun, hang sibuk nak tanya buat apa.
“Dia jadi macam stres oh hangpa tak kahwin. Laillahillallah,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, aktor berusia 38 tahun itu turut berpendapat terdapat perkara lain yang lebih penting untuk dibimbangkan berbanding status perkahwinannya.
“Orang berperang bom sini sana sibuk tanya aku bila kahwin.
“Kahwin saja pun, bukan nak kena block stadium. Tak nak block jalan pun, sat ja,” katanya berseloroh.
@zulaaron_media Bini Ker😂? – ZA.. Ha yang duk tanya bila Zul kahwin,bila..😂bini Ker,😂 #zulariffin #zafcgangza






