Orang ramai kecewa Maybank alami gangguan

Orang ramai kecewa Maybank alami gangguan


PETALING JAYA: Orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan perbankan Maybank yang mengalami gangguan, melibatkan aplikasi mudah alih dan transaksi dalam talian.

Tinjauan di media sosial mendapati, mereka mendakwa tidak dapat membuat pemindahan wang, semakan baki, malah transaksi DuitNow dan pembayaran bil turut terjejas.

Malah mereka juga gagal melakukan pembayaran termasuk di restoran dan membayar tempat meletak kenderaan di pusat membeli-belah.

“Maybank, awak tengah problem (masalah) ke?

“Orang nak QR nak bayar tak boleh. Tak akan nak cuci pinggan pula?” luahan seorang pengguna media sosial.

Maybank dalam makluman terbaharu memaklumkan, fungsi utama aplikasi MAE kini kembali pulih, namun beberapa perkhidmatan lain masih belum dapat diakses.

Pengguna digalakkan menggunakan laman web Maybank2u untuk sebarang urusan buat masa ini.- UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top