“Orang Tak Ambil Saya Serius” – Mia Sara Penat Masih Dianggap Budak-Budak

“Orang Tak Ambil Saya Serius” – Mia Sara Penat Masih Dianggap Budak-Budak

“Orang Tak Ambil Saya Serius” – Mia Sara Penat Masih Dianggap Budak-Budak


Pelakon Mia Sara meluahkan rasa kecewa apabila masih dianggap sebagai pelakon kanak-kanak meskipun usianya kini sudah 21 tahun.

Memetik f8buzz, Mia berkata dia penat apabila sering dianggap sebagai kanak-kanak dan mengakui ianya memberi tekanan emosi kepadanya.

BACA: Muka Macam Budak-Budak, Mia Sara Terhad Dapat Job

“Sebenarnya saya penat apabila asyik dianggap sebagai kanak-kanak. Walhal saya sudah dewasa. Sampai bila orang mahu menganggap saya ini budak kecil? Saya letih kerana diri saya ini tidak dipandang serius,” katanya.

Sementara itu, Mia berkata dia bersyukur dengan pengalamannya sebagai pelakon kanak-kanak namun sudah tiba masanya dia mengubah haluan kerjayanya.

“Jangan salah faham. Saya seronok berlakon dan gembira menerima watak budak sekolah. Tapi keadaan sudah berubah. Tiba masanya untuk saya menukar haluan. Saya tak boleh selamanya menjadi kanak-kanak,” katanya.

Dalam pada itu, Mia berkata dia tidak diberi peluang dan ada pihak yang tidak mengambil serius serta melihatnya masih kanak-kanak.

“Orang tidak pandang potensi sebenar saya, mereka tak kisah pun pasal kemampuan saya. Disebabkan itu, saya tak diberikan peluang. Terus terang saya katakan, keadaan ini membuatkan mental saya terganggu. Saya berperang dengan masalah ini sejak usia saya 15 tahun,” katanya.

Sumber: TikTok f8buzz






Source link

OR

Scroll to Top