PABM belum putuskan kategori sesuai buat Aniq

PABM belum putuskan kategori sesuai buat Aniq


PABM belum memutuskan kategori baharu buat Aniq. Gambar kecil: Ayub Rahmat

PERSATUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) belum memutuskan senarai klasifikasi atlet berikutan perubahan kategori berat ditetapkan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

Sebaliknya presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya akan menunggu senarai kategori atlet yang dicadangkan jawatankuasa pemilihan.

“Kita baru dapat pengesahan kategori terkini yang akan bermula Julai tahun depan. Jadi buat masa ini PABM belum lagi membuat sebarang keputusan berkaitan atlet yang akan ke kategori baharu.

“Jawatankuasa pemilihan atlet akan mencadangkan atlet yang sesuai setelah mereka buat analisa berkaitan berat badan dan kebarangkalian kesesuaian berat badan atlet dengan kategori baharu.

PABM belum memutuskan kategori baharu buat Aniq.

PABM belum memutuskan kategori baharu buat Aniq.

“Jadi untuk kes Mohamad Aniq Kasdan, mungkin apa yang Aniq maklumkan atas kesesuaian berat badan sedia ada tidak jauh daripada berat badan kategori yang baru,” katanya.

Pada Sabtu, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia IWF di Manama, Bahrain itu mengesahkan akan beraksi dalam kategori 60 kilogram (kg) bermula 2025 setelah kategori 61kg sebelum ini tidak lagi dipertandingkan.

Malah, badang negara berusia 22 tahun itu yakin tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dilaksanakan IWF tersebut.

PABM belum memutuskan senarai klasifikasi atlet berikutan perubahan kategori berat ditetapkan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).



Source link

OR

Scroll to Top