Pelakon Eyra Hazali mendedahkan suaminya yang juga penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli sering menerima mesej peribadi (DM) daripada wanita.
Menerusi satu temu bual, Eyra berkata dia meluahkan rasa syukur suaminya tidak melayan dan turut berkongsikan kata laluan akaun media sosialnya.
BACA: Anak Eyra Hazali Dipuji Lancar Baca Surah Ad-Dhuha
“Orang Sarawak cantik-cantik! Bukan setakat cantik, masuk DM suami kita lagi. Kadang-kadang bila Haziq hantar kita orang ke airport ke, adalah yang DM, ‘Hai kita dekat Kuching tau, jom jumpa kat Kuching ni.’
“Ada je, ramai je. Tapi Alhamdulillah sebab Haziq dia memang share password semua dengan saya jadi kalau notification masuk ke apa memang masuk ke telefon saya juga.
“Haziq memang tak layan. Alhamdulillah, Haziq ni apa yang saya kenal memang bukan seorang macam tulah. Kita tak berani nak menjanjikan tapi dia memang family man. Apa-apa dia akan go through saya dulu,” katanya.
Sementara itu, Eyra berkata dia tidak mahu perbesarkan perkara tersebut selagi tidak melampaui batas tambahan pula suaminya tidak melayan.
“Tapi Haziq punya tangan pun rajin untuk block. Sebab kalau tengok Haziq punya block list tu pun ramai, perempuan-perempuan lah,” kongsinya lagi.
“Bagi saya, selagi tak melampaui batas, insya-Allah tak ada apa-apa sebab saya tak nak buat perbesarkan perkara itu.
“Sebab suami kita pun tak melayan, buat apa kita nak layan. Walaupun tangan ni gatal je sebenarnya nak reply. Insya-Allah rasa insecure tu tak ada. Tak, insya-Allah saya cantik apa?” selorohnya.
Dalam pada itu, Eyra turut meminta mendoakan buat rumah tangga mreka serta mengakui ramai perempuan tertarik pada lelaki berstatus suami orang kerana melihat layanan mereka terhadap isteri.
“Kadang-kadang perempuan macam tu lah, bila tengok lelaki dah berjaya, success, itu yang diorang lagi tertarik.
“Lebih-lebih lagi bila ada isteri. Mereka tengok cara layanan lelaki itu kepada isteri, kepada anak-anak. Itu yang diorang lagi tertarik pada para suami kot.
“Tapi insya-Allah, doa-doalah untuk kita orang. Pada wanita yang nak try Haziq, ingatlah saya Eyra Hazali tahu. Saya cantik tahu, anak saya comel… elok sangat!,” selorohnya.





