September 8, 2024

Pahang garis tindakan komprehensif pantau penggunaan racun makhluk perosak

Pahang garis tindakan komprehensif pantau penggunaan racun makhluk perosak


KUANTAN – Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak dalam Sayur dan Buah Negeri Pahang menggariskan beberapa tindakan yang lebih komprehensif sebagai usaha menyelaras dan memantau aktiviti peggunaan racun makhluk perosak di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim berkata, jawatankuasa itu melibatkan pelbagai agensi di sepanjang rantaian bekalan bermula dari ladang sehingga ke pasaran dengan tumpuan yang lebih agresif ditumpukan di peringkat ladang.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius isu pencemaran racun serangga dalam sayur-sayuran dan buah-buahan di negeri ini dan beliau  mempengerusikan mesyuarat pertama pada 5 Jun lalu dan menggariskan bebera panduan serta pemantauan.

”Pengusaha-pengusaha ladang akan dipantau daripada segi kepatuhanan terhadap perundangan termasuk mendapat kelulusan dan lesen yang sah untuk beroperasi.

”Mereka perlu berdaftar dengan Jabatan Pertanian serta diwajibkan mendapat pensijilan MyGAP. Pemilik ladang dan kebun serta pekerja mereka akan dilatih semula. Pekerja-pekerja yang terlatih sahaja dibenarkan mengendalikan racun di ladang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu Razali berkata, semua pemilik kebun dan ladang akan diwajibkan mempunyai rekod penyimpanan data yang lengkap bersistematik dan berkebolehkesanan (traceability).

Difahamkan pelaksanaan jawatankuasa tersebut akan melibatkan tindakan di bawah pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pertanian Negeri.

Agensi sedia ada seperti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), FAMA dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diminta untuk mempertingkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan supaya tindakan yang lebih tegas dapat diambil sebagai tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di Pusat Pengumpulan dan di pasaran. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang tubuh jawatankuasa kawalan keselamatan racun makhluk perosak

 



Source link

OR

Scroll to Top