Pakai Topi Santa Claus, Netizen Dakwa Mona Allen & Pekin Sambut Krismas?

Pakai Topi Santa Claus, Netizen Dakwa Mona Allen & Pekin Sambut Krismas?


Pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim menjadi  bualan di media sosial sejak malam tadi apabila mereka didakwa menyambut perayaan Hari Natal.

Menerusi satu video yang dimuat naik semula di TikTok, Mona dan Pekin dilihat menghadiri majlis bersama beberapa kenalan rapat.

BACA: Mona Allen Hairan Azwan Ali Tak Diangkat Seperti Seniman Lain

@eliyanasufi

Ni baru 1 kumpulan yang tunjuk secara terang-terangan. Diluar sana pasti masih ada ramai lagi yang wallahu’alam sama ada mereka tidak tahu ataupun mereka buat buat tak tahu bahawa kita orang Islam tidak boleh merayakan Hari Natal. Di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita doa supaya mereka dikurniakan taufiq hidayah oleh-Nya ??? Dan paling sedih lagi apabila seseorang yang elok sudah berhijab tapi di perayaan ini sanggup tanggal hijabnya… #fyp #christmas #malaysia #taubat

? Bila Tiba – Ungu

Apa yang menjadi perhatian, dalam video tersebut pasangan itu mengenakan topi berwarna merah dan putih yang sinomin dengan Santa Claus.

Lebih mengejutkan ramai, Mona dilihat mengenakan kain batik di atas kepala namun menampakkan sebahagian rambutnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut serta ada yang tidak menyangka melihat video berkenaan.

Sementara itu, di laman Threads, ada yang meminta pihak Jakim serta Finas untuk mengambil tindakan susulan berikutan video berkenaan.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan memberikan komen sindiran terhadap Mona berkenaan aib, namun ada yang mendoakan agar pasangan itu diberikan hidayah.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan daripada pasangan selebriti itu berkenaan video tular itu.






Source link

OR

Scroll to Top