Perkongsian pelakon sensasi Zarina Anjoulie menjadi perhatian apabila memuat naik gambar menjual pakaian dalam berjenama miliknya.
Sebelum ini, Zarina dilihat menjual seluar dalam miliknya berharga bermula RM180 sehingga RM550 dan ianya habis terjual.
BACA: Tolong Gosokkan Baju, Mat Salih Ajak Zarina Anjoulie Kahwin

Semalam, Zarina atau lebih mesra disapa Anju memuat naik hantaran membida pakaian dalam jenama Victoria Secret dan lebih mengejutkan ianya terjual pada RM5,800.


Menerusi hantaran terbaru sebentar tadi, Anju memuat naik paparan bayaran dibuat oleh pembeli yang membida pakaian dalam berwarna biru bertatahkan berlian itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut serta mengatakan mudah untuk membuat duit dengan hanya menjual pakaian dalam sahaja.






